Menyinkap tirai silam
Ku terasa
Rindu dan dendam
Terdengar bisikanmu
Merdu mendayu
Senandung syahdu
Dalam gelombang rasa
Gelisah cinta
Sehari tak bersua
Bagaikan setahun
Terpenjara
Segera ku turunkan
Tirai cinta
Melupakannya
Kerana lakonanmu
Menghiris hati
Menyeksa diri
Ternyata bukan mudah
Mengawal resah
Melawan perasaan
Cinta sejati dalam diri
Namun
Terpaksa jua
Ku telan sisa pahit
Asmara
Kerana
Kenyataannya
Ini bukan sepotong mimpi
Yang sepi

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar “tomboy” disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 – Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.