Cinta
Adakah insan mula mengenal
Erti cinta....Jangan terburu

Si dia
Memberi menerima kasihmu
Sebenar...jangan keliru
Dijanji keindahan bukannya jawapan utama
Kejujuran dalam dirimu itu yang dibawa bersama

Chorus (1)
Oh...
Jangan nanti cinta
Kau leka
Dibuai mimpi lena
Hanya sementara...manis bicara

Kau tak perlukan cinta
Dicipta
Tika diri merasa curiga
Bersabarlah...pastikan menjelma

Cinta
Suatu rasa teristimewa
Tiada siapa menafikannya

Ooo....asmara
Bersatu kata menyemaikannya
Mungkin tiada lagi derita
Sukar dilafazkan rindu debar sering mengusik kalbu
Bayangan menjelma dimana mana kau temui dia

Chorus (2)
Jujur pada cinta
Bahagia
Jauhi dusta kau hindari sengketa
Kelak kau berjaya

Berkasih setia
Berjanji harapan kotakanlah
Semua hasrat cinta yang terpendam

Ulang Chorus (1) & (2)

Kini aku rasainya...ooo...cinta

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar “tomboy” disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 – Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.