Songwriter: Tinta Awi Rafael

Producer: Aubrey Suwito

Hidup ini bermula
Tanpa adanya apa-apa
Begitu juga penghujungnya
Harus pulang cara serupa

Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu ku terhenti

Setinggi manapun mendaki
Sejauh manapun
Berlari dan mengejar duniawi
Pasti tiba suatu hari nantiku di uji
Jatuh terpinggir sepi

[Chorus]
Sungguh Aku Yang Tak Bisa
Menghalang Suratan Yang Sudah Diarah
Hanya Mampu Bersabar Dan Sujud Padanya
Sebelum Dihitung Sebelum Dihukum
Hanya Mampu Lafazkan
Bisik-bisik Taubat
Moga Diputihkan Segalanya

Sering Kali Terlupa
Dan Memilih Jalan Yang Salah
Leka Dan Hanyut Dalam Dosa
Sehingga Kabur Mata Jiwa
Seketika Di Sini
Persinggahan Mencari Erti
Sebelum Waktu Terhenti

[Chorus]
Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya
Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan
Bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya
Segalanya

[Chorus]
Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratanyang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padanya
Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan
Bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya
Moga diputihkan segalanya

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar “tomboy” disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 – Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.