Cahaya Cinta Menyinar Berkilauan
Selautan Kasih Bercahaya
Bagaikan Butiran Permata
Seolah-olah Terapung Di Permukaannya

Daku Menjejaki Pantai Rindu
Menyisir Kasih Yang Terdampar
Dan Merantaikannya Satu Demi Satu
Dengan Kasih Sayang Mu
Kini Menjadi Kalungan Azimat Cintaku

Chorus:
Walau Tidak Dibasahi Hujan
Namun Tempiasnya Menyegarkan
Biar Pun Rembulan Tidak Diribaan
Namun Cahyanya Cukup Menerangi Bayangan

**
Harumlah Cinta Dijiwa
Sewangi Kasturi Syurgawi
Semoga Bahgia Jadi Milik Kita
Nan Abadi Selama-Lamanya

Daku Menjejaki Pantai Rindu
Menyaksikan Rintihan Berlalu
Ombak Resah Menghempasi Diri
Hanyutkanlah Kedukaan
Bawalah Jauh Daripada Bayangan

Repeat : Chorus And **

Andai Sinar Mentari Terlindung Di Balik
Redupan Awanan Yang Berlabuh
Singkaplah Tirai Kasih Mu
Agar Bisa Ia Menyinarkan Cahyanya
Untuk Kita Berdua

Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza dilahirkan di Berek Polis Kampung Awah, Temerloh, Pahang, Malaysia, kepada bapanya Tarudin bin Ismail, seorang polis, dan ibunya Siti Salmah Bachik, seorang suri rumah. Beliau merupakan anak kelima dalam sekeluarga lapan adik-beradik, yang mana salah satu daripada mereka meninggal setelah lahirnya beliau.

Mula-mulanya, Siti digelar “tomboy” disebabkan kelakuannya yang cergas dan kecenderungannya terhadap penampilan kelelakian. Memasuki Sekolah Tabika Perkep, Balai Polis Kampung Awah, Temerloh. Darjah 1 – Darjah 6, memasuki Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, akhirnya Siti beralih kepada penampilan yang feminin; ibunya yang tersayang membesarkan Siti Nurhaliza menjadi gadis Melayu yang berbudi bahasa dan anggun senantiasa. Melanjutkan pembelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford Kuala Lipis Pahang. ( Tingkatan 1 – Tingkatan 5 ). Sewaktu di sekolah menurut Siti sendiri bahawa beliau sangat aktif dalam sukan.